Community Info
  • Institut Memandu Bitara
    •  
    Mobile
  • Mobile
    Klik Sini
    Pejabat
  • Login Description
    Masukkan UserID dan katalaluan:
  • Login Box
    User ID :
    Password :
     
  • Event List
    Alamat Surat Menyurat
  • Alamat Surat Menyurat
    Institut Memandu Bitara
    Bintang Timur & Utara Sdn Bhd 
    Lot 87, Padang Midin,
    Jalan Kuala Berang
    21400 Kuala Terengganu,
    Terengganu Darul Iman
    Penafian
  • Penafian
    Pihak Institut Memandu Bitara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
    Lesen B2 & D
  • Kaedah Untuk Mendapatkan Lesen B2 & D Di Bitara



     
     
     

        
    Calon Yang Masih Tiada Apa Apa Lesen

    1. Ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP)

    Anda boleh mendaftar untuk masuk ke Kelas Ceramah KPP di Bitara Padang Midin atau mana mana cawangan Bitara berdasarkan hari hari yang dinyatakan di dalam carta alir di atas.

    2. Ujian Undang Undang Berkomputer

    Calon ( pelajar yang mendaftar untuk belajar memandu di BITARA ) yang telah menduduki kelas ceramah KPP boleh memilih tarikh dan tempat yang sesuai untuk melakukan ujian undang undang berkomputer.

    Operasi Ujian Undang Undang Berkomputer dilakukan di luar primis Insitut Memandu Bitara dan dikelolakan oleh pihak mySpeed. Ada dua tempat ujian yang boleh dipilih oleh calon, iaitu di Bangunan Balai Fardhu Ain Padang Midin dan di Bangunan Permint Harmoni di Batas Baru.

    Calon boleh masuk ke kelas Teori 3 jam setelah lulus Ujian Undang Undang Berkomputer.

    3. Kelas Teori  3 Jam

    Bagi calon yang ingin mengambil lesen Motosikal, anda boleh masuk ke kelas Motor dan Bagi calon yang ingin mendapatkan lesen Kereta sila rujuk jadual kelas teori kereta dalam carta alir. Jika anda ingin mengambil kedua dua lesen ( B2 dan D). anda perlu hadir kedua dua kelas Teori Motor dan Teori Kereta.

    4. Kelas Amali / Praktikal 3 Jam

    Latihan Praktikal 3 Jam bagi lesen Motosikal di buat di litar motosikal manakala latihan praktikal 3 jam untuk lesen Kereta di buat di litar Kereta.

    5. Lesen L

    Setelah calon menamatkan latihan 3 jam bagi motosikal dan/atau kereta, borang latihan yang siap ditandatangan oleh jurulatih dan calon perlulah dihantar ke pejabat untuk proses pengeluaran lesen L .

    Terdapat dua tarikh yang perlu calon perhatikan pada lesen L iaitu Tempoh lesen dan Bahagian 1 . Tempoh Lesen menunjukkan tarikh sah lesen selama 3 bulan. Sekiranya calon masih belum tamat belajar dalam tempoh tersebut, maka calon perlulah sambung tarikh sah lesen di JPJ sebelum meneruskan pembelajaran di BITARA. Manakala Bahagian 1 pula menunjukkan tarikh sah Ujian Undang Undang. Maknanya, dalam tempoh 2 tahun, calon perlu mendapatkan Lesen P.  Jika calon gagal untuk mendapatkan lesen P dalam tempoh tersebut maka calon perlu menghadiri kelas KPP dari awal dengan bayaran yang baru.


    6. Latihan 10 Jam ( termasuk 2 jam pra ujian )


    7. Tempah Tarikh Ujian  dan buat bayaran baki

    8. Periksa nama sehari sebelum ujian
     
    9. Uji dengan Pegawai Penguji JPJ

    10. Buat Lesen P Di JPJ

    Calon yang mempunyai lesen B2 atau D

    Sila abaikan no 1 dan no 2,  lain lain proses adalah sama.



    Download

    1. Flow Pembelajaran Di Insititut Memandu Bitara


    2. Pamplate / Broucher


    3. Peta Laluan Latihan Kereta

    Laluan A , Laluan B , Laluan C




    Semua fail yang dibekalkan adalah berformat PDF
    download adobe acrobat atau foxit reader untuk membaca fail berkenaan.
    Intranet Login
    Events